8 Mei 2017 - 16:39
Perpecahan Timur Tengah Dielakkan Melalui Pengorbanan Iran

Penasihat kanan Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam Iran berhubung urusan antarabangsa mengatakan bahawa rantau Timur Tengah pasti sudah terbahagi kepada wilayah-wilayah yang lebih kecil tanpa pengorbanan negaranya di dalam memerangi kumpulan militan dan pengganas.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Penasihat kanan Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam Iran berhubung urusan antarabangsa mengatakan bahawa rantau Timur Tengah pasti sudah terbahagi kepada wilayah-wilayah yang lebih kecil tanpa pengorbanan negaranya di dalam memerangi kumpulan militan dan pengganas.

"Tehran telah... mengguna pakai inisiatif praktikal dan memerangi keganasan, Takfirisme serta pergerakan radikal yang lain," kata Ali Akbar Velayati ketika bercakap kepada media.

Dia turut menggesa "negara-negara berpengaruh di rantau itu serta sesiapa sahaja yang menganggap isu keselamatan serantau sebagai sesuatu yang penting" untuk mengambil langkah praktikal di dalam memerangi keganasan.

Penasihat Syed Ali Khamenei itu turut menegaskan bahawa negara-negara serantau berkemampuan untuk mempertahankan rantau tersebut tanpa "campur tangan kuasa luar."

Velayati turut meluahkan hasrat Tehran untuk bekerjasama dan menganjurkan dialog bersama negara-negara serantau dalam rangka mencapai objektif bersama.

Ketika memberikan komen berhubung penciptaan zon selamat di Syria yang dimeterai oleh Iran, Rusia dan Turki, Velayati percaya bahawa sebarang perjanjian yang melibatkan negara Arab itu perlu dipersetujui oleh warga Syria sendiri sambil menambah, "Warga Syria berhak untuk menentukan masa hadapan mereka sendiri."

Velayati juga berkata bahawa Iran bertanggungjawab untuk mengekalkan kestabilan di rantau itu memandangkan perkara itu menyumbang kepada kestabilan dunia. -ABNA24

/315